Nuffnang Ads

Friday, December 7, 2012

Breakfast, lunch & dinner

Hari ni awal2 en hubby pg pasar...bl ditanya nk msk pe rini? dia kata adalah...blk dr pasar dia bawak balik tu dia...ikan baung..pergh..besar tu..nk msk gulai tempoyak katanya..aku apa lg...relax la hr ni cuma msk nasi & wat sambal belacan..yg lain semua en hubby buat...
bukan apa katanya, dia rindu kt my MIL...lama x blk kg..jd tuk mnghilangkan rindu kt bonda tercinta, masak la resepi bonda...terubat skit rindu..aku gak yg untung ....kikikiki..mmg x dinafikan en hubby mmg pndai masak..bekas chef katakan....x puas2 aku hirup kuah gulai tempoyak...pergh..best giler...ikan baung ni manis je isinye...alhamdulillah syukur atas rezeki yg Allah kurniakan tuk hari ni...amin..


Baru balik dari pasar

 
tadaa...dh msk..siap utk disantap...special ni ada taruk taugeh..@camboh

pergh..ini kepalanya

Isi tengah..


Sunday, October 14, 2012

Makan untuk subur



Saya dapat maklumat ini di Makan untuk subur.

Tidak dapat dinafikan bahawa faktor pemakanan mempengaruhi kesuburan seseorang itu samada lelaki atau perempuan. Makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah sangat penting untuk sihat dan subur. Makanan yang berkabohidrat, gula dan manisan hendaklah dikurangkang dalam menu pemakanan kita. Selain itu, kita hendaklah menjauhkan diri daripada mengambil fast, processed, and preserved foods. Di samping itu, perisa dan pemanis hendaklah dikurangkan. Utamakan makanan yang segar, sayuran hijau, ulam-ulaman dan buah-buahan. Hendaklah makan lebih ikan sebagai sumber protein, bijiran saperti almond (Dr Hamid Arshat).

Air - Sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Sebaiknya minum air mineral atau air yang ditapis. Dicadangkan minum 8 liter  air dalam sehari semalam.









 
Sayur Sawi - mengadungi banyak vitamin2, zat besi/iron dan antioxidant yang penting bagi kesihatan dan kesuburan. Folic penting untuk penetasan telor yang baik kualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko gugur.



 
Sayur2 berwarna kuning, orange dan merah  mengadungi banyak vitamin2 dan antioxidant untuk mencegah penyakit dan meningkatkan kesuburan.







Kobis, Karrot, Brokoli, kacang hijau, keledek merah - mengadungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatan kesuburan.




 Papaya, jambu batu, buah naga, semangka buah limau nipis/kasturi kaya dalam kandungan vitamin2 khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan


Baru saya tau semangka = timun cina a.k.a tembikai


 Nampak macam mudah..tapi susah gak nak wat ni..tapi usaha tetap diteruskan. InsyaAllah setiap kesusahan ada kemudahan.






 

Tuesday, October 9, 2012

Usaha, tip & doa untuk dapatkan zuriat

Saya dah kahwin hampir empat (4) bulan tahun..namun sampai skrang masih belum berpeluang untuk mempunyai zuriat sendiri...terkadang rasa cemburu mmg ada bila melihat org lain gembira dengan kehadiran cahaya mata...tp apakan daya...saya ada berusaha secara perubatan moden dan juga tradisional...nampaknya sehingga hari ini masih belum berhasil...tp saya & mr hubby akan tetap berusaha dan berusaha lagi..
Di sini saya ingin berkongsi tentang usaha untuk mendapatkan zuriat yang saya search di internet..ada di antaranya yg pernah saya buat dan ada yg belum dilakukan..insyaAllah semoga usaha saya ini akan mendatangkan hasil...

1. Yang ini saya petik daripada (belum buat lagi):
 http://ayiewiyah.blogspot.com/2012/02/himpunan-petua-petua-mohon-zuriat.html

AMALANNYA:

Setiap kali slps solat Subuh dan Maghrib, bacalah ayat di bawah:
1. Al fatihah, diikuti
2. Ayat 89 surah Al-Anbiya'
3. Ayat 38 surah Ali Imran
4. Ayat 30 surah Al-Anbiya'
5. Kemudian baca 7 kali doa berikut:

"Subhanahu man amruhu baynal kaafi wan nuun. Subhanahu man amruhu iza araada syai an an yaquula lahu kun fayakuun. As 'alullah al-'azim rabbul 'arsyil 'azim an yashfiyana.

2. Dipetik daripada:

Pertama sekali 
Tetapkan niat untuk mendapatkan zuriat kerana:
  1. Supaya bila ibubapa (yakni kita) dah meninggal dunia, ANAK-ANAK SOLEH lah yang akan MENDOAKAN KITA.
  2. Supaya zuriat kita nanti dapat meneruskan dan mempertahankan agama Islam semasa kita dah tiada kat dunia ni nanti...

Ustazah jugak ckp, mgkin pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata antaranya adalah disebabkan dosa2 yang belum diampunkan oleh Allah..dan dosa-dosa denga manusia lain.. maka dengan itu ustazah telah memberikan ayt dan doa untuk kita semua amalkan... dan semoga Allah mengampunkan semua dosa2 kita yang lalu, sekarang dan masa hadapan...

PERTAMA
Yang paling wajib adalah PENGHULU ISTIGHFAR (kredit kat blog ni, sbb share dengan kawan2 lain).. Istighfar biasa kena amalkan 100 - 1000 kali dalam 1 hari, penghulu istighfar eloklah diamalkan selepas solat fardhu dan sunat, sebelum berdoa..


(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau)

KEDUA

Surah Al-Imran ayat 38



KETIGA

Surah Al-Anbiyaa' Ayat 89



Sebenarnya kedua2 surah di atas adalah Doa Nabi Zakaria semasa memohon kepada Allah untuk dikurniakan zuriat..

3. Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil. http://scaniaz.blogspot.com/2012/02/petua-mudah-mengandung-dari-tanyalah.html
Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.


InsyaAllah..saya dan mr hubby akan berusaha sedaya upaya untuk dapatkan zuriat....kalo sape2 ada petua2 yg lain harap dpt share bersama..

 

Wednesday, September 5, 2012

Mari masuk politeknik

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyambung pelajaran ke Politeknik Malaysia, permohonan di buka mulai 13 Ogos 2012 - 29 September 2012. Sila KLIK

Monday, September 3, 2012

Corat Coret AidilFitri 1433H

Aidilfitri tahun ni disambut di 2 buah negeri yg berbeza....First raya kt Kemaman...thn ni kali pertama bak beraya dlm keadaan lumpuh...namun begitu bak sungguh bersemangat nk pg beraya...lepas bermaaf-maafan lbh kurang kul 11.30 pg, kami terus bertolak ke Langkap, Perak....kira2 kul 4.30 ptg kami sampai di kg halaman mr hubby...1st raya, cuma ada pics di kemaman..sbb bl tiba di Langkap suasana sngt meriah dngn kehadiran saudara-mara sehinggakan x smpat nk bergambo...

1 Syawal 1433H @ Kemaman

1 Syawal 1433H @ Kemaman
1 Syawal 1433H @ Kemaman

Kami berada di Langkap sampai 4 Syawal...aku mcm biasa la jd org dapur...bl dh jd org dapur..xde la nk berbaju raya..syg kalo2 terkena minyak ke..apa ke..hehehehehe...biasa la baju seragam org dapur ialah t-shirt + kain batik...sampai bergambo pn dngn uniform tu...

3 Syawal 1433H - with my kitchen uniform (dari kiri Kenet, Natasya, Mak Chu, Mak, Me, Angah & Maisarah [depan] @ rumah my FIL)



3 Syawal 1433H - Angah & me @ halaman rumah Andak @ Langkap

3 Syawal 1433H - Mai & me  + Mai & PakNgah  @ halaman rumah Andak @ Langkap
Lepas balik dari Langkap, kami singgah 1 mlm kt Kemaman sblum blk ke Kuala Terengganu. Kami bertolak pada hari Rabu mlm Khamis dr Langkap...Lps Tol Bentong, en hubby dh x larat..terus tdo tepi highway tu sampai pg...kami sampai kt Kemaman lbh kurang dkt kul 10.00 pg...ingtkan ptg tu nk trus blk ke Kuala Terengganu..tp keluarga my aunt singgah beraya kt Kemaman...jd tunda 1 mlm lg...sbb my uncle nk celebrate birthday mlm tu...
so, mlm tu kami keluar tuk celebrate birthday my uncle...mula2 plan nk ke pizza..tp alahai hajat x kesampaian..KFC & Pizza diserbu dngn lautan manusia yg entah dr mana..maklum la raya katakan...namun begitu nasib yg sama turut dirasai bl kami ke kedai mkn @ restoren yg lain...terpaksa kami mkn dgn perasaan yg kecewa krn yg pertama: makanan lmbt sampai; yg kedua: x semua menu sampai sehinggakan org lain dh hbs mkn pn belum sampai; ke-3: layanan yg sungguh lembab...nampak x ramai pn customer..tp hampeh...tkg masak cuti lg la...mcm2...
Namun begitu, Aidil fitri tahun ini tetap disambut dngn kesyukuran & masih dpt merasai kemeriahannya...alhamdulillah...

Sunday, August 26, 2012

1st day masuk keje slps raya

Hari ni 1st day keje slps sminggu bercuti raya....jalan agak clear pg tadi...lg pn ramai perantau dh pulang ke tempat masing2....tp kemungkinan ptg karang jam pn ada....sbb masih ada lg perantau yg akan pulang di saat2 akhir...mls nye rasa nk keje hari ni...tp nk wat camane dh t/jawab....student pn masih ramai yg belum datang..terpaksa cancelled kelas pg tadi sbb cuma 4 org je student...mcm2 la diorang ni..nasib baik Pn Mazidah ni baik hati orgnya...nnt kalo ada masa sy akan upload pic raya..ok...tata

Thursday, August 16, 2012

selamat bercuti & selamat hari raya

hari ni last day keje sblum bercuti hari raya..sebenarnya leh balik awal hr ni..dh isi borang pn....tp x balik2 jgk saya ni..lgpn hjn ngah lebat...biarlah..x sampai sejam lg nk blk..
di kesempatan ini saya nk ucapkan SELAMAT BERHARI RAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua yg mengenali diri ini..jemputlah dtg ke rumah..tapi lepas cuti raya la...sbb i blk kg...hehehehhe
Assalamualaikum wbt...

Monday, August 13, 2012

Mood Raya

Hari ni genap 24 hari umat Islam di Malaysia berpuasa bagi tahun 1433H...diam x diam tinggal dlm 5 hr lg kita akan berhari raya...sekarang ni memang org ramai berpusu-pusu di gedung-gedung membeli belah..hehehehe..kt tganu ni ada ke gedung membeli belah..? tp suasananya tetap sesak ...semua org sibuk membuat persiapan berhari raya..namun begitu dalam keghairahan kita membuat persiapan raya, jgn dilupa pada yg x berkemampuan..yg x berupaya...ada yg membuat keputusan untuk berkurung dalam rumah pada hari raya sebab x mampu menyediakan keperluan raya..ni saya dngar dalam radio pg td..sedangkan hari raya aidilfitri sepatutnya diraikan dalam keadaan yg gembira....tanda kesyukuran setelah selesai menunaikan ibadah puasa selama sebulan..tp nk buat macamana dah suasana di Malaysia ni mcm ni....oleh itu cukup la kita menyambut hari raya secara bersederhana supaya orang yg x berkempuan tidak rasa tersisih...chewah...
Pasal sambutan raya pada tahun, saya sendiri pn x pasti kt mana nk beraya..tp en suami dh cakap blk ke kg dia dulu..tp dlm hati masih berharap berlaku perubahan di saat2 akhir...insyaAllah...hehehehe..pasal baju raya plak..sy sendiri pn x pasti samada baju raya saya akan siap @ tidak...sedang menunggu & berdoa semoga dpt pakai baju tu pada hr raya pertama nanti..insyaAllah...
tp sekarang ni mood raya xde la terasa sngt..tp mood nk bekerja dh semakin menurun...lagipn dngan suasana di opis baru ni...makin terasa kebosanan..sentiasa rasa bersendirian...hehehhe..tp ada privasi...
x tau nk coret apa lg...samapai jumpa lg...
SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN
MAAF ZAHIR BATIN

Thursday, August 2, 2012

Juadah berbuka

Malam ni nk hidangkan hidangan berbuka puasa tahun ni....tadaaaa........

2 Ramadhan (asam pedas ikan talapia)


3 Ramadhan (aym percik, sup kaki aym, ikn panggang-beli kt bazar Ramadhan Peng. Baru)
4 Ramadhan (Tomyam, paru msk sambal, kerabu perut, aym masak merah - bl kt kantin PKT)
5 Ramadhan (ikn kerapu 3 rasa, paru msk sambal, hati msk apa ntah, masak lemak perut - beli kt kantin PKT + ribena soda)
8 Ramadhan (ikan talapia asam pedas nyonya, terung msk sambal +sambal tempoyak - i masak sndiri ni - mr hubby punye resepi)
9 Ramadhan (gulai tempyak ikan patin - i msk ni, resepi my MIL)
10 Ramadhan (ikan talapia sos hitam - i amik resepi dlm internet)
11 Ramadhan (ikan talapia goreng - i yg goreng, tomyam campur, yong tau fu - beli je)
13 Ramadhan (rendang daging + ayam goreng kunyit - of course i msk sndiri ni)






Ini juada berbuka puasa spnjang 13 hari puasa ni...kalo ada hari yg xde juadah itu maknanya sy lupa nk amik gambo...insyaAllah kalo ada kesempatan sy nk share resepi plak..tunjuk gambo je mesti nk resepi gok...ok la..sy stop di sini dulu..jupe lg...bye




Wednesday, July 25, 2012

Perihal Bulan Ramadhan 1433h

3 Ramadhan start keje bg mgu ni....Isnin...punch in 8.01 am..oooo ni mesti gara2 aku berenti buang smpah...esok kena kuar awl skit sbb jln mcm jam skit...blk keje 4.30 pm..dh dkt kul 5.oo pm x lps lg Pulau Kambing..aduh.....juadah berbuka blum ada SATU pun....sabar2.....bln yg mulia ni kena bnyk sabar..kalo x sabar pn apa yg aku leh buat? hehehehhe
akhirnya kul 5.40 pm aku sampai ke bazar RAMADHAN pengadang baru....bl la apa2 lauk yg patut..nk cepat ni sbb nk blk masak nasi plak...kul 6 lbih smpai umah..and then terus g msk nasi...slmat la berbuka utk hr ke-3..

4 Ramadhan kuar awl skit....jln ok je..nk buang sampah jgk hr ni..tp last minute decide nk buang masa blk la ..tkut lmbt sapa..semerbak la bau kete ngan kulit durian...sampai la sblum nak naik bkit cherong lanjut...dr jauh dh nampak kerete berderet ke susur cherong lanjut....bakpe pulok ni? x pernah2 pn mcm ni sblum ni..ada xcident ke? lama jgk menungu...rupa2 nya jln kt atas bukit tu dh tkr jd 1 lane je..patut la bolok molek...akhirnya aku punch in kul 8.01 lg...hehehehe..rasanya dh 3 x merah dlm bln ni..huhuhuhuh..sib baik kuar awl skit kalo x lg lmbt...hrp2 x kena wat surat tnjuk sebab... tp ramai jugak la staf yg masul lmbt..

hr ni 5 Ramadhan..dngn azam yg membara..kuar lg awl dr semlam..tp awl2 lg jln dh jam..dkt wakaf mempelam dh slow je traffic..aduh..kuar lmbt pn lmbt..kuar awl pn lmbt..kalo bln biasa rasenya ok je..nape bln puasa mcm ni? dugaan & cobaan belaka...tp dlm hti berdebar2..tkut lmbt lg...akhirnya aku berjaya sampai & punch in kul 7.55...kalo bln biasa lg awl aku sampai dngn waktu aku kuar td..tp nway alhamdulillah...sapa sblum kul8..

kalo hr keje aku decide x masak sbb amik masa yg lama tuk sapa umah..jd utk 2 hr ni (smlm & hr ni) aku bl lauk kt kantin PKT ni je..tp terpaksa berebut dngn customer dr luar..aduh...kalo lmbt mmg x dpt la..tp ada je rezeki tuk 2 hr ni...blk umah just msk nasi & prepare air je...alhamdulillah..en hubby pn x bising...syukur...

insyaAllah esok 6 Ramadhan plan nk blk kemaman..tp rsnya berbuka dlm kereta kot..sbb mr hubby blk keje lewat skit...tp x pe la aslkn dpt bertemu kedua org tua di bln yg mulia ini..
ok la...stkat ni sj tuk kali ni...lg pn dok sorang2 dlm opis ni..tu yg leh mengarang ni..kalo x lmbt lg la update blog..tp skrang aku berazam nk update sll blog ni..tp x tau la mcmana lg..tngok kerajinan la...ok..bye2..    :)

Sunday, July 22, 2012

Juadah Berbuka 1 Ramahan 1433H

Ikan Talapia 3 Rasa

Ikan Talapia 3 Rasa

Bahan2
1/2 kg Ikan Talapia (sbb nama resepi ni ikan talapia 3 rasa)
Bawang merah (potong dadu)
Bawang putih (potong dadu)
Halia (potong dadu)
Cili padi (potong)
Tomato (potong dadu)
Sos Cili
Sos Tomato

Cara2
  1. Bersihkan ikan & disapu garam kunyit. Kemudian ikan digoreng hingga masak. Toskan ikan & letakkan dalam bekas yg sesuai.
  2. Kemudian tinggalkan sedikit minyak goreng ikan tadi dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia & cili padi hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan sos tomato & sos cili. Kacau sebati.
  4. Masukkan garam & gula secukup rasa. (ikut taste masing2).
  5. Masukkan tomato dan kacau..Kemudian boleh la dicurah ke atas ikan yg digoreng tadi.
Resepi dh di alter oleh aku mengikut taste aku la..ada org letak sos tiram sekali n daun ketumbar..selamat mencuba..
 

Ahlan Ya Ramadhan Karim

Assalamualaikum wbt... dh stahun lebih x post apa2 kt blog aku ni..hehehehehe...diam x diam hr ni dh msuk hr ke2 umat Islam di Malaysia berpuasa (2 Ramadhan 1433H bersamaan 22 Julai 2012). Selamat berpuasa buat semua yg mengenali diri ini dan seluruh umat Islam di dunia.
Hari ni rakyat Terengganu bercuti sempena kejayaan menjadi JUARA SUKMA kali ke-4 berturut2. Setakat pukul 14.02 ni blum wat apa2 lg utk juadah berbuka hr ni. Awal lg ni. En suami kerja, duduk la sorang2 wat taik mata..
Tp dlm kepala ni dok pk psl kerja yg bnyk yg belum setel lg, psl presentation esok (walaupn peringkat dalaman)..tp selagi x selesai, rs xleh bertenang...tiba2 hujan turun..mmg dlm sminggu ni cuaca sentiasa hujan di bumi Kuala Terengganu ni...
Dalam setahun ni bnyak benda yg berlaku & berubah...antaranya sejak sebulan lebih yg lalu aku tlh bertukar post dr pensyarah kpd Pegawai Hal Ehwal Pelajar PKT yg baru menggantikan Pn Sharmilla Sulong yg tlh naik gred DH44. Sbb tu la kepala ni asyik pk psl keje sbb bnyk benda nk kena blajar...nasib baik kak milla bnyak membantu....TQVM sis...
Selain tu ramai kwn2 seopis telah dikurniakan bb sempena thn NAGA ni 2012...tahniah buat wan noor aishah, hafizah, napisah, kak saliza & kak sharmilla jugak...ada 2 org lg tngh menunggu iaitu ratinah & adibah...cuma aku je nampaknya yg belum ada rezeki..x pe..aku sabar menanti...Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul warisin....amin...
Tahniah jgk kpd Suhaida Abdullah & Hasliza Zakaria dpt bb jgk...yg lain2 tu kalo ada dpt bb tahniah jgk...
Selain tu sjk Mei 2012 ayahanda tercinta telah jatuh sakit & lumpuh...sungguh berat dugaan ni...namun apakan daya..Allah taala yg maha berkuasa. Selama hampir 2 bln bak terlantar di hospital. Walaupn skrang bak berada di Kemaman, namun kesian ke ma sbb kena uruskan bak sorang2...Apakan daya anakanda ....tanggungjawab kerja menjarakkan kita...Ya Allah ya Tuhanku,,sembuh kan lah bapaku...amin...
Salam takziah jgk kpd 2 org sahabatku iaitu Azlin di atas kembalinya ke Rahmatullah bonda tercinta pada awal bln April 2012...& juga Roslaili di atas kembalinya ke Rahmatullah ayahanda tercinta pada awal bln Mei 2012. Salam takziah juga kpd Siti Nasrah di atas di atas kembalinya ke Rahmatullah anakanda sulong tercinta. Semoga Allah taala mencucuri rahmat ke atas roh mereka...amin... 
Ok la...setakat ni jela yg dpt aku titipkan buat kali ini...bye,,