Nuffnang Ads

Friday, October 18, 2013

Cerita tahun 2013- part 1

Assalamualaikum semua...memang dh berhabuk habis la blog saya ni...diam x diam dah 9 bln kita berada dlm thn 2013..dan ini merupakan post sy yg pertama bg tahun ni..sbanrnya bnyk peristiwa yg berlaku spnjang sy menyepikan diri dari update blog ni...bukan apa, sy x berkesempatan krn berlaku perubahan besar dlm kehidupan saya...jeng jeng jeng..perubahan apa tu? yg pastinya sy belum lg bergelar seorang ibu....
alkisahnya...pd bln 9 @ 10 thn lepas 2012, sewaktu permohonan pertukaran dibuka, sy telah mngisi permohonan utk bertukar ke kemaman @ dungun...dan dngn izin Allah Taala, sy telah berjaya bertukar ke dungun..terkejut sngt sbb sy xde la serius sngt nk tkr...sekali isi terus dpt..sdngkan org yg dh berkali2 mohon tkr x dpt2...sbenarnya hati ni berbelah bagi jgk samada nk pg @ tdk..sy cuba tuk buat rayuan membatalkan pertukaran tersebut tp x berjaya...sy pn redha je la..pada 2 Disember 2012 sy telah pg melapor diri di dungun..smbil menyerahkan surat tangguh shingga Januari 2013..ini permintaan Puan Pengarah...alhamdulillah..
hikmah di sebalik penangguhan sy ni, iklan kenaikan pangkat dibuka pada bln 12...jd sy gunakan masa yg ada sblum transfer ke dungun tuk menyiapkan segala dokumen dan fail serta berjaya menghantar dlm tmpoh yg ditetapkan. bkn apa, tkt nnt kalo br masuk tmpat baru sy x tau mana nk tuju bg tujuan tersebut...venue tuk proses validasi pn sy pilih di tempat lama..masa tu sy xleh nk pk sngt...dungun ngan kuala trg bkn jauh sngt pn...jd sy pilih je kuala trg..xleh nk imagine lg mcamana suasana kt dungun tu..kalo nk tahu validasi tu mcm interview tp sbnarnya bkn interview...ia merupakan satu prosedur di mana ada panel yg akan mengesahkan dokumen2 yg telah kita hantar semasa permohonan kenaikan pangkat..masa proses tu nnt panel akan semak samada dokumen yg kita hantar tu boleh digunapakai @ tdk, dokumen tu betul @ tdk...jika dokumen kita direject panel akan bagi kita peluang tuk hantar dokumen yg lain.
dlm tempoh tersebut jugak sy & mr hubby survey lori tuk pindah rumah...bercerita psl rumah sewa di dungun...punyalah susah nk dpt kan umah sewa kt dungun ni..harga dia perhhgg..mahal x masuk akal...akhirnya ada seorang kwn lama yg bertemu semula dlm fb bg no seorang tuan umah kt dungun ni...kami pn pg la tngok umah tu dan terus byr deposit..sewanya rm 500..tp umahnya umah kayu lama yg dh bergegar lantainya bl dipijak...satu (1) ringgit sen pn xleh kurang..oleh krn dh terdesak nk umah sewa kami pn setuju je..mmg jauh sngt bezanya bagai langit dan bumi jika nk compare dngn umah sewa kami kt kuala trg..br rm350...rumah batu 2 pintu yg baru..setiap hujung minggu sblum transfer kami akan ke dungn sbb mr hubby nk siapkan reban ayam dia..yg peliknya umah ni bl sy bersihkan pd minggu ni, bl dtg lg mnggu dpn dh kotor blk..tensen betul..bnyak sngt tahi cicak..besar2 plak tu..sy ni dh penggeli..naik rimas jgk..selain tu, sawang2 kt bumbung pn selalu jatuh ke lantai..x tau la dh brp lama umah ni kosong..tp menurut tuan umah umah ni baru je kosong dlm bbrp bln yg lepas...x tau la mcmana dngn kehidupan sy nnt.
akhirnya sy buat permohonan lori kt tmpat keje saya...alhamdulillah...puan pengarah meluluskan permohonan sy..jd save kos tuk lori...driver pn free..cuma nk cr org yg nk tolong angkat barang masa pindah nanti. Akhirnya pd 28 dis 2012 kami tlh bpindah ke dungun..tp umah sewa lama blum dikosongkn lg. Bln 2 br dikosongkn. Ms nk pndah ada 2 org kwn mr hubby yg dtg tlg..
kt dungun dh jnji ngan adik dtg tlg. Slh sorang kwn mr hubby pn ikut ke dungun..mr hubby membebel2 sbb almari kitaorg mmg berat giler..sy wat bodo je...tp di sini sy nk br nasihat bg mrk yg msh mnyewa x prlu bl prabot yg bsr2..sbb bl pindh mmg seksa sngt nk angkut..walaubgmana pn sy lega bl proses prpindahan tlh selesai...tp msh ada brg yg prlu diangkut dgn kereta stiap hjg mgu shingga akhir bln 1...
sbnrnya entry sy ni dh di draft sbln yg lalu. Tp br bksmptan mlm ni nk disudahkn...tp lum siap lg ni..kira ni part 1 la...di sini sy lmpirkn pic ank buah sy yg lahir pd thn ni...afrina & anis







Friday, December 7, 2012

Breakfast, lunch & dinner

Hari ni awal2 en hubby pg pasar...bl ditanya nk msk pe rini? dia kata adalah...blk dr pasar dia bawak balik tu dia...ikan baung..pergh..besar tu..nk msk gulai tempoyak katanya..aku apa lg...relax la hr ni cuma msk nasi & wat sambal belacan..yg lain semua en hubby buat...
bukan apa katanya, dia rindu kt my MIL...lama x blk kg..jd tuk mnghilangkan rindu kt bonda tercinta, masak la resepi bonda...terubat skit rindu..aku gak yg untung ....kikikiki..mmg x dinafikan en hubby mmg pndai masak..bekas chef katakan....x puas2 aku hirup kuah gulai tempoyak...pergh..best giler...ikan baung ni manis je isinye...alhamdulillah syukur atas rezeki yg Allah kurniakan tuk hari ni...amin..


Baru balik dari pasar

 
tadaa...dh msk..siap utk disantap...special ni ada taruk taugeh..@camboh

pergh..ini kepalanya

Isi tengah..


Sunday, October 14, 2012

Makan untuk subur



Saya dapat maklumat ini di Makan untuk subur.

Tidak dapat dinafikan bahawa faktor pemakanan mempengaruhi kesuburan seseorang itu samada lelaki atau perempuan. Makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah sangat penting untuk sihat dan subur. Makanan yang berkabohidrat, gula dan manisan hendaklah dikurangkang dalam menu pemakanan kita. Selain itu, kita hendaklah menjauhkan diri daripada mengambil fast, processed, and preserved foods. Di samping itu, perisa dan pemanis hendaklah dikurangkan. Utamakan makanan yang segar, sayuran hijau, ulam-ulaman dan buah-buahan. Hendaklah makan lebih ikan sebagai sumber protein, bijiran saperti almond (Dr Hamid Arshat).

Air - Sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Sebaiknya minum air mineral atau air yang ditapis. Dicadangkan minum 8 liter  air dalam sehari semalam.









 
Sayur Sawi - mengadungi banyak vitamin2, zat besi/iron dan antioxidant yang penting bagi kesihatan dan kesuburan. Folic penting untuk penetasan telor yang baik kualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko gugur.



 
Sayur2 berwarna kuning, orange dan merah  mengadungi banyak vitamin2 dan antioxidant untuk mencegah penyakit dan meningkatkan kesuburan.







Kobis, Karrot, Brokoli, kacang hijau, keledek merah - mengadungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatan kesuburan.




 Papaya, jambu batu, buah naga, semangka buah limau nipis/kasturi kaya dalam kandungan vitamin2 khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan


Baru saya tau semangka = timun cina a.k.a tembikai


 Nampak macam mudah..tapi susah gak nak wat ni..tapi usaha tetap diteruskan. InsyaAllah setiap kesusahan ada kemudahan.






 

Tuesday, October 9, 2012

Usaha, tip & doa untuk dapatkan zuriat

Saya dah kahwin hampir empat (4) bulan tahun..namun sampai skrang masih belum berpeluang untuk mempunyai zuriat sendiri...terkadang rasa cemburu mmg ada bila melihat org lain gembira dengan kehadiran cahaya mata...tp apakan daya...saya ada berusaha secara perubatan moden dan juga tradisional...nampaknya sehingga hari ini masih belum berhasil...tp saya & mr hubby akan tetap berusaha dan berusaha lagi..
Di sini saya ingin berkongsi tentang usaha untuk mendapatkan zuriat yang saya search di internet..ada di antaranya yg pernah saya buat dan ada yg belum dilakukan..insyaAllah semoga usaha saya ini akan mendatangkan hasil...

1. Yang ini saya petik daripada (belum buat lagi):
 http://ayiewiyah.blogspot.com/2012/02/himpunan-petua-petua-mohon-zuriat.html

AMALANNYA:

Setiap kali slps solat Subuh dan Maghrib, bacalah ayat di bawah:
1. Al fatihah, diikuti
2. Ayat 89 surah Al-Anbiya'
3. Ayat 38 surah Ali Imran
4. Ayat 30 surah Al-Anbiya'
5. Kemudian baca 7 kali doa berikut:

"Subhanahu man amruhu baynal kaafi wan nuun. Subhanahu man amruhu iza araada syai an an yaquula lahu kun fayakuun. As 'alullah al-'azim rabbul 'arsyil 'azim an yashfiyana.

2. Dipetik daripada:

Pertama sekali 
Tetapkan niat untuk mendapatkan zuriat kerana:
  1. Supaya bila ibubapa (yakni kita) dah meninggal dunia, ANAK-ANAK SOLEH lah yang akan MENDOAKAN KITA.
  2. Supaya zuriat kita nanti dapat meneruskan dan mempertahankan agama Islam semasa kita dah tiada kat dunia ni nanti...

Ustazah jugak ckp, mgkin pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata antaranya adalah disebabkan dosa2 yang belum diampunkan oleh Allah..dan dosa-dosa denga manusia lain.. maka dengan itu ustazah telah memberikan ayt dan doa untuk kita semua amalkan... dan semoga Allah mengampunkan semua dosa2 kita yang lalu, sekarang dan masa hadapan...

PERTAMA
Yang paling wajib adalah PENGHULU ISTIGHFAR (kredit kat blog ni, sbb share dengan kawan2 lain).. Istighfar biasa kena amalkan 100 - 1000 kali dalam 1 hari, penghulu istighfar eloklah diamalkan selepas solat fardhu dan sunat, sebelum berdoa..


(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau)

KEDUA

Surah Al-Imran ayat 38



KETIGA

Surah Al-Anbiyaa' Ayat 89



Sebenarnya kedua2 surah di atas adalah Doa Nabi Zakaria semasa memohon kepada Allah untuk dikurniakan zuriat..

3. Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil. http://scaniaz.blogspot.com/2012/02/petua-mudah-mengandung-dari-tanyalah.html
Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.


InsyaAllah..saya dan mr hubby akan berusaha sedaya upaya untuk dapatkan zuriat....kalo sape2 ada petua2 yg lain harap dpt share bersama..