Nuffnang Ads

Tuesday, October 9, 2012

Usaha, tip & doa untuk dapatkan zuriat

Saya dah kahwin hampir empat (4) bulan tahun..namun sampai skrang masih belum berpeluang untuk mempunyai zuriat sendiri...terkadang rasa cemburu mmg ada bila melihat org lain gembira dengan kehadiran cahaya mata...tp apakan daya...saya ada berusaha secara perubatan moden dan juga tradisional...nampaknya sehingga hari ini masih belum berhasil...tp saya & mr hubby akan tetap berusaha dan berusaha lagi..
Di sini saya ingin berkongsi tentang usaha untuk mendapatkan zuriat yang saya search di internet..ada di antaranya yg pernah saya buat dan ada yg belum dilakukan..insyaAllah semoga usaha saya ini akan mendatangkan hasil...

1. Yang ini saya petik daripada (belum buat lagi):
 http://ayiewiyah.blogspot.com/2012/02/himpunan-petua-petua-mohon-zuriat.html

AMALANNYA:

Setiap kali slps solat Subuh dan Maghrib, bacalah ayat di bawah:
1. Al fatihah, diikuti
2. Ayat 89 surah Al-Anbiya'
3. Ayat 38 surah Ali Imran
4. Ayat 30 surah Al-Anbiya'
5. Kemudian baca 7 kali doa berikut:

"Subhanahu man amruhu baynal kaafi wan nuun. Subhanahu man amruhu iza araada syai an an yaquula lahu kun fayakuun. As 'alullah al-'azim rabbul 'arsyil 'azim an yashfiyana.

2. Dipetik daripada:

Pertama sekali 
Tetapkan niat untuk mendapatkan zuriat kerana:
  1. Supaya bila ibubapa (yakni kita) dah meninggal dunia, ANAK-ANAK SOLEH lah yang akan MENDOAKAN KITA.
  2. Supaya zuriat kita nanti dapat meneruskan dan mempertahankan agama Islam semasa kita dah tiada kat dunia ni nanti...

Ustazah jugak ckp, mgkin pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata antaranya adalah disebabkan dosa2 yang belum diampunkan oleh Allah..dan dosa-dosa denga manusia lain.. maka dengan itu ustazah telah memberikan ayt dan doa untuk kita semua amalkan... dan semoga Allah mengampunkan semua dosa2 kita yang lalu, sekarang dan masa hadapan...

PERTAMA
Yang paling wajib adalah PENGHULU ISTIGHFAR (kredit kat blog ni, sbb share dengan kawan2 lain).. Istighfar biasa kena amalkan 100 - 1000 kali dalam 1 hari, penghulu istighfar eloklah diamalkan selepas solat fardhu dan sunat, sebelum berdoa..


(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau)

KEDUA

Surah Al-Imran ayat 38



KETIGA

Surah Al-Anbiyaa' Ayat 89



Sebenarnya kedua2 surah di atas adalah Doa Nabi Zakaria semasa memohon kepada Allah untuk dikurniakan zuriat..

3. Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil. http://scaniaz.blogspot.com/2012/02/petua-mudah-mengandung-dari-tanyalah.html
Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.


InsyaAllah..saya dan mr hubby akan berusaha sedaya upaya untuk dapatkan zuriat....kalo sape2 ada petua2 yg lain harap dpt share bersama..

 

5 comments:

  1. InsyaAllah kak da, mudah- mudahan satu hari nnti Allah akan makbulkan doamu itu..
    yg penting jgn putus asa..
    me too.. ;-p

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Leily....sama2 la kita berusaha..

    ReplyDelete
  3. insya allah adik akan dikurniakan cahaya mata kerana Allah maha mendengar..

    www.loveshaklee4ever.blogspot.com

    ReplyDelete